Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Yazmin Aziz Kesal Penampilan Berbikini Dikritik Media

today8 June 2022

Background

Penyanyi baharu, Yazmin Aziz, 20, kecewa dengan penulisan media tempatan mengkritik penampilannya yang menggayakan bikini ketika bercuti di Sabah tempoh hari.

Menjadikan topik pemakaiannya sebagai tajuk berita, Yazmin membuat perbandingan dengan beberapa media luar negara yang melaporkan mengenai pencapaiannya membuat persembahan di sebuah acara luar negara.

Pemilik nama penuh Yazmin Aldwin Abdul Aziz yang berdarah campuran Melayu – Filipina ini meluahkan isi hatinya menerusi sebuah ciapan di laman sosial Twitter.

β€œSad truth: A Malaysian media criticized me for what I wore in Sabah at a time when a few foreign media were sharing videos of me singing at the Monte Carlo Fashion Week,” tulisnya.

Luahan hati Yazmin mendapat sokongan peminatnya yang memberi sokongan agar Yazmin terus melangkah dan tidak menghiraukan laporan terbabit.

Namun, ada juga wargamaya yang menegur Yazmin dan mahu penyanyi itu menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan untuk meneruskan kerjaya sebagai artis di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œSeksi Sangat Ni Bespren” – Berani Kongsi Foto Berbikini, Peminat Doakan Yazmin Aziz

Terdahulu, pemakaian Yazmin ketika bercuti di Kota Kinabalu, Sabah meraih perhatian wargamaya yang menegur penampilannya berbikini.

Written by: Salma


Previous post