Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Yazmin Aziz Menang Anugerah Pencapaian Vokal Terbaik, Bakal Bekerjasama Dengan DJ Fuzz & Artis Eropah!

today22 December 2023

Background

Penyanyi Yazmin Aziz meluahkan rasa bangga dan teruja apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah Pencapaian Vokal Cemerlang di acara Anugerah Perniagaan Usahawan Wanita Kehormat Shanghai 2023 baru-baru ini.

Terharu dengan kemenangan tersebut, pemilik nama sebenar Yazmin Aldwin Abdul Aziz itu menyifatkan pencapaian tersebut sebagai motivasi serta pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh dalam kerjayanya.

β€œSatu perasaan seronok yang sukar terungkap kerana semua kerja-keras saya diiktiraf. Ini cukup bermakna untuk terus fokus kepada sisi positif supaya impak karier saya lebih besar,” ujarnya.

Menurut laporan Harian Metro, pelantun lagu Lihatlah itu mendedahkan dia merasakan namanya dicalonkan untuk anugerah tersebut ekoran daripada pelbagai pencapaian yang dikecapinya sebelum ini.

Justeru, dia berjanji untuk gigih berusaha dan terus bercita-cita tinggi bagi mencapai impiannya.

“Sebenarnya saya dicalonkan untuk anugerah itu mungkin disebabkan semua pencapaian yang pernah saya raih. Ia membuatkan saya mahu terus bekerja lebih keras dan jangan mengalah,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang tempat keempat rancangan realiti Big Stage Musim Ke-4 itu berhajat agar namanya lebih dikenali dan ingin melebarkan sayap ke luar negara.

“Semestinya saya harap dapat menarik lebih ramai pengikut di media sosial. Insya Allah lebih banyak ikat kerjasama dengan pelbagai jenama, hadiri acara, dan lain-lain.

“Untuk muzik pula, semoga saya dapat lancar lebih banyak lagu lagi. Akan ada kerjasama lagi dengan DJ Fuzz dan seseorang dari Amerika Syarikat juga,” jelasnya.

Sumber : Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Adik tanam hasrat ke Sukan Sea 2025

Kuala Lumpur: Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli berharap dapat beraksi di temasya Sukan SEA Thailand 2025 walaupun bakal bersaing bersama pelari pecut yang sedang meningkat naik.

today22 December 2023