Yoodo telah mengumumkan kerjasama dengan O-two Esports sebagai satu pasukan kolaberasi untuk mendominasi dan meraih piala tempatan serta antarabangsa PUBG Mobile.
Pasukan yang dikenali sebagai Yoodo 02 bakal terdiri daripada nama-nama pemain yang cukup terkenal di dalam arena kompetitif PUBG Mobile iaitu Fredo, Jumper dan juga OnTheGo.

Menariknya, Duo Pemenang Piala PMPL Sea 2022 ini akan sasarkan lebih banyak pencapaian untuk pasukan baru mereka ini.