Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Yuran Anak Saya Ke Amerika Syarikat Siapa Nak Bayar?’

today19 July 2025

Background
Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000 Daripada Agensi Umrah & Haji – ‘Nantikan Surat Peguam’


Pelakon, Datuk Aziz menuntut hutang berjumlah RM65,000 daripada sebuah agensi pengurusan haji dan umrah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad Sudah Berdamai

Tuntut hutang

Menerusi hantaran di TikTok, Aaron atau nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 49, mendakwa pihak tersebut cuba mengelak berjumpa dengannya dan tidak menjawab panggilan telefon serta membalas mesej yang dikirim.

Kepada Persada Global Holidays, hutang saya sebanyak RM65,000 masih belum selesai lagi.

Saya dah telefon tapi tak berjawab, mesej tak dibalas. Pihak awak menghilangkan diri.

Tolong selesaikan hutang saya secepat yang mungkin. Berjumpa dengan saya dan jangan hilang.

Berkongsi lanjut, pelakon filem The Experts itu memberitahu agensi berkenaan telah melanggar syarat yang termaktub dalam satu surat perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

Tegas Aaron, dia juga akan melantik peguam bagi menguruskan isu tersebut.

Yuran anak saya ke Amerika Syarikat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post