
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan membuat penjelasan berhubung tindakan parti itu memecat serta menggantung keahlian beberapa pemimpinnya.
Zahid berkata, penjelasan itu akan dibuat dalam satu majlis tidak lama lagi, lapor Berita Harian.
Bagaimanapun, Zahid yang juga timbalan perdana menteri tidak mengulas lanjut mengenai tarikh atau majlis tersebut.
“Tunggu saya akan jawab. Saya akan jawab dalam satu majlis nanti,” katanya yang dipetik Berita Harian.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi membuat ketetapan memecat bekas ketua pemudanya Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor Noh Omar kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.
Khairy dan Noh sebelum ini menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden parti berikutan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional pada…