Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zahid akan mohon pembebasan penuh kes Yayasan Akalbudi, kata peguam

today8 January 2026

Background


Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan dalam kes Yayasan Akalbudi pada 2023.
PETALING JAYA:

Pasukan guaman Presiden Umno Zahid Hamidi akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan pembebasan penuh dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi, kata peguamnya.

Peguam bela utama, Hisyam Teh Poh Teik, berkata satu permohonan akan difailkan bagi menukar perintah lepas tanpa dibebaskan (DNAA) yang sebelum ini diberikan kepada Zahid kepada lepas dan bebas (DAA).

“Kami akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat untuk mendapatkan DAA,” katanya kepada FMT bagi mengulas keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Hisyam berkata keputusan AGC itu menunjukkan pihak pendakwaan tidak lagi berhasrat untuk meneruskan perbicaraan.

Pada 2023, hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah membenarkan DNAA terhadap Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah bagi membolehkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post

Suami Lafaz Talak Sebab Isteri Hamil Penat Nak ‘Bersama’, Alasan Susah Nak Mandi & Cangkung

Viral

Suami Lafaz Talak Sebab Isteri Hamil Penat Nak ‘Bersama’, Alasan Susah Nak Mandi & Cangkung

Seorang Peguam Syarie iaitu Aiman berkongsi pengalamannya mengendalikan kes prosiding pengesahakan cerai sepasang suami isteri. 'Malam tadi saya lafazkan cerai' Menerusi hantaran di Threads, Aiman memberitahu defendan (suami) mengakui telah melafazkan cerai terhadap isterinya (plaintif) hanya kerana berasa berang apabila keinginannya untuk bersama tidak dipenuhi. Difahamkan, isterinya menolak pelawaan tersebut atas faktor fizikal kerana dirinya

today8 January 2026