
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengarahkan supaya gerak kerja bagi pembinaan jambatan Bailey dilaksanakan dalam tempoh 48 jam di kawasan yang terjejas akibat banjir.
Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata maklumat yang beliau perolehi setakat ini mendapati kira-kira tujuh lokasi dikenal pasti untuk jambatan Bailey di seluruh negara, lapor Bernama.
Beliau berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas.
“Saya akan meminta kerjasama Kor Jurutera ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan juga JKR negeri serta daerah untuk membuat tindakan segera (gerak kerja jambatan Bailey) kerana terdapat keperluan (kepada) penduduk-penduduk untuk menghantar bantuan dan juga…