Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zahid harap SPR ambil kira Ramadan tentu tarikh PRK Ayer Kuning

today23 February 2025

Background


perang bendera
Presiden Umno Zahid Hamidi berkata BN menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan tarikh PRK Ayer Kuning.

PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil kira ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi dalam menentukan tarikh PRK Dun Ayer Kuning di Perak susulan kematian penyandangnya Ishsham Shahruddin semalam.

Zahid berkata Umno dan Barisan Nasional berpendapat PRK itu tidak perlu tergesa-gesa diadakan memandangkan ketibaan Ramadan dan menyerahkan kepada SPR untuk membuat keputusan, lapor Bernama.

“Kami tidak berasa tergesa-gesa untuk melakukannya (PRK) kerana Ramadan terlalu hampir tentu kita harap tarikh yang akan dipilih SPR ini satu tarikh yang dapat disesuaikan dengan keadaan bulan Ramadan,” katanya selepas majlis ulang tahun Umno Sabah ke-34 di Tawau.

PRK Dun Ayer Kuning perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Ishsam meninggal dunia selepas menyertai perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, George Town,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post