Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zahid jumpa ketua bahagian Umno esok

today3 February 2024

Background


Awal hari ini, Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Khas MKT Umno susulan keputusan Lembaga Pengampunan berhubung hukuman bekas perdana menteri Najib Razak.

PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi dijangka akan mengadakan perjumpaan tertutup bersama ketua-ketua bahagian parti itu esok, susulan Mesyuarat Khas MKT Umno hari ini.

Perjumpaan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 4 petang esok, menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan di X.

“Perjumpaan khas tertutup Zahid bersama ketua Umno bahagian-bahagian akan diadakan (pada) 4 petang di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL. Terima kasih atas kehadiran,” menurut ciapannya.

Awal hari ini, Zahid mempengerusikan Mesyuarat Khas MKT Umno susulan keputusan Lembaga Pengampunan berhubung hukuman bekas perdana menteri Najib Razak.

Selepas mesyuarat itu, Umno mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong mengurangkan hukuman penjara dan denda…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post