
PETALING JAYA: Dua penganalisis politik meragui kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi bahawa beliau “berada di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen” kerana timbalan perdana menteri itu boleh mengubah fikiran sebelum pilihan raya umum akan datang, menjelang 2027 ini.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata kenyataan Zahid itu membuktikan gesaan pelbagai yang mahu beliau berundur sebagai presiden Umno tidak diabaikan.
Bagaimanapun, Oh berkata Zahid mungkin cuba memesongkan sebahagian desakan untuk beliau berundur. “Sekiranya desakan tersebut semakin reda, beliau mungkin akan mengubah fikiran,” katanya kepada FMT.
Penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Azmil Tayeb juga sependapat dengan Oh dan berkata masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Zahid akan berundur dari Bagan Datuk, kawasan parlimen yang diwakilinya sejak 1995.
“Banyak…
