Hot FM

Zahid minta maaf terkhilaf laung ‘hidup Israel’


Zahid Hamidi berucap pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena malam tadi.

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafan melaungkan “hidup Israel” ketika berpidato di pentas utama Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena malam tadi.

Zahid mengakui terlalu ghairah dan penuh semangat bersama ribuan rakyat Malaysia sehingga tersilap dalam ucapan.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

“Namun, hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan ‘Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin!’,” katanya di Facebook.

Menerusi klip video tular di media sosial, Zahid dilihat melaungkan “Hidup Israel” yang disahut dengan laungan “Hidup Palestin” oleh peserta himpunan.

Beliau turut terkhilaf dalam menyebut: “Rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum akan terus berikan sokongan kepada Israel”.

Kira-kira 10,000 orang hadir dalam perhimpunan anjuran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version