
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi meminta Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) menghulurkan bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada Umno.
Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), V Mahendran, 38, berkata permintaan Zahid itu dibuat semasa dua bekas pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani yang merupakan saksi pendakwaan ke-15 dan 16, ke kediaman presiden Umno itu di Country Height, Kajang.
Ketika itu, katanya, Zahid adalah menteri dalam negeri yang mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam merangka dasar serta hala tuju kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya.
“UKSB bersetuju memberi bantuan sumbangan politik bagi memastikan perniagaan UKSB tidak diganggu,…