
JOHOR BAHRU: Presiden Umno, Zahid Hamidi menafikan dakwaan berlaku perebutan dalaman antara Pemuda dan Wanita berhubung calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, keputusan akhir mengenai calon akan dimuktamad beliau selaku kepimpinan tertinggi parti dan gabungan berkenaan.
“Tiada perebutan calon, yang menentukan adalah pengerusi BN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Umno Johor di kediaman rasmi menteri besar di Saujana.
Zahid berkata, nama calon PRK itu akan dimuktamadkan sebelum 14 Sept ini bersesuaian strategi yang sedang dirangka.
Menurutnya, paling penting BN berhasrat memenangi PRK itu, sekali gus mempertahankan majoriti diperoleh penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain.
“Jumlah pengundi di DUN Mahkota tiga kali ganda berbanding DUN Nenggiri, jadi lain padang lain…