Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zahid tepati janji jelas bayaran projek, kata saksi

today24 August 2023

Background


Zahid Hamidi hadir untuk perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang penyelia projek memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Zahid Hamidi sentiasa menepati janji dan menjelaskan setiap bayaran kepada syarikat kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di Bagan Datuk.

Marlin Ahmad, 50, berkata sikap timbalan perdana menteri itu diberitahu arwah abangnya, Allahyarham Sanusi Ahmad, selaku pengasas syarikat kontraktor, Sutida Enterprise yang mengendalikan projek berkenaan.

“Saya mengetahui hampir semua kerja atau projek yang arwah abang saya (Sanusi) lakukan adalah arahan daripada Datuk Seri Zahid. Kebiasaannya arwah abang akan membuat dulu (kerja) arahan Datuk Seri Zahid tanpa meminta apa-apa bayaran pendahuluan.

“Ini kerana, Datuk Seri Zahid sentiasa menepati janji dan akan membayar hasil kerja daripada arwah abang. Arwah abang saya juga pernah memberitahu kadangkala Datuk Seri Zahid akan membayar lebih kepada arwah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post