
Presiden Zahid Hamidi yakin akar umbi Umno menyokong keputusan pucuk pimpinan supaya parti kekal dalam kerajaan perpaduan sehingga PRU16.
Menjelang perhimpunan agung Umno esok, Zahid memberitahu pemberita bahawa beliau berpegang pada pendirian yang dibawa ke persidangan sama beberapa tahun lalu.
Zahid juga berkata beliau tidak meragui sokongan akar umbi kepada keputusan parti, di sebalik dakwaan Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh, awal bulan ini, bahawa terdapat desakan keluar kerajaan daripada akar umbi.
“Ini bukan soal pendirian saya. Ini pendirian parti yang saya bawa bukan sahaja ke mesyuarat biro politik malah mesyuarat majlis kerja tertinggi dan perhimpunan agung tiga tahun lalu,” katanya kepada pemberita di World Trade Centre Kuala Lumpur.
“Saya berpegang teguh pada pendirian itu. Kerajaan perpaduan harus diperkukuhkan dengan sokongan bukan sahaja ahli…