

Selepas diterima menyertai PAS, Zaid Ibrahim berikrar akan berusaha mengikis imej parti itu sebagai parti ekstrem anti-demokrasi yang tidak sesuai untuk Malaysia majmuk.
Bekas menteri undang-undang itu menyifatkan PAS sebagai satu-satunya parti majoriti Melayu yang mempunyai kekuatan dan tekad untuk menghapuskan ketidaksamarataan, hegemoni serta keistimewaan golongan tertentu.
Tegasnya, PAS menjadikan prinsip Islam sebagai teras pemerintahan.
“Di bawah pemerintahan PAS, tidak akan wujud keadaan di mana rakyat digambarkan sebagai setara, tetapi hakikatnya ada yang lebih setara daripada yang lain.
“Itu sebabnya PAS akan mentadbir Malaysia bersama Ahli Parlimen progresif yang sehaluan selepas PRU akan datang,” katanya dalam catatan Facebook.
Malam tadi,…