Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zaliha tolak spekulasi tangguh pencalonan MPP ada kaitan ‘cuti’ Rafizi

today3 May 2025

Background


Pengerusi JPP Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa penangguhan yang dibuat itu tidak mempunyai kaitan dengan Rafizi Ramli.
KUALA LUMPUR:

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR Dr Zaliha Mustafa hari ini menolak spekulasi kononnya penangguhan pencalonan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), ada kaitan dengan timbalan presiden parti yang dilaporkan bercuti ‘selama beberapa hari’.

Zaliha hanya memberi jawapan ringkas bahawa perkara itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan Rafizi Ramli.

“Sudah tentu tiada kaitan dengan Rafizi Ramli.

“Sebagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata, cuti itu adalah biasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Rumah Mampu Milik dan Pengumuman Inisiatif Pemerkasaan Pendidikan untuk Komuniti B40, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sama ada penangguhan yang dilakukan itu mempunyai kaitan dengan Rafizi.

Tambahnya lagi, keputusan penangguhan itu dibuat jawatankuasa pusat dan ia diterima baik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post