

Polis terima arahan pertuduhan terhadap penceramah, Zamri Vinoth, dan aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak, namun risikan mendapati mereka telah melarikan diri ke Thailand, kata ketua polis negara.
Khalid Ismail berkata usaha mengesan sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.
“Pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas kedua-dua suspek berjaya dikesan dan dibawa pulang,” menurut kenyataan.
Berkenaan Zamri, penceramah itu disiasat berhubung kenyataan berkait penganjuran perhimpunan di Kuala Lumpur pada 7 Feb.
Arahan pertuduhan diterima polis ialah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan (KK) iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
Ia memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika disabitkan.
Berkenaan Tamim pula,…