Perkongsian terbaharu bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha tentang pemergian anak bongsunya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees telah meruntun hati warganet.
Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaquan Adha Masih Terkejut Pemergian Cahaya Mata Bongsu – ‘Biarlah Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Tahu Apa Yang Jadi’
Rasa rindu
Menerusi hantaran di TikTok, Zaquan atau nama lengkapnya Zaquan Adha Abdul Razak memuat naik video yang memaparkan momen kelahiran anaknya itu hingga ke detik akhir pemergiannya.
Antara detik yang meruntun jiwa adalah ketika arwah diberikan bantuan kecemasan semasa di dalam ambulan dan proses mengafankan jenazah.
Di ruangan kapsyen, Zaquan meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap anak ketujuhnya itu.
Hari Jumaat yang penuh rasa kerinduan saya dan isteri buat anak syurga kami.
Sakit dan pedih bila perasaan ini sekali sekala datang.
Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet…