Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Zara Zya Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan – “Pada Awalnya Nak Buat Check Up, Tapi Doktor Kesan Ada Beberapa Sakit Lain”

today31 May 2024

Background

Pelakon, Zara Zya memaklumkan bakal menjalani pembedahan membuang beberapa ketumbuhan pada hari Jumaat pagi.

Dalam masa sama, aktres drama rantaian popular Risik Pada Hati ini juga akan menjalani rawatan bagi dua sindrom dihidapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

“Assalamualaikum. Dengan rendah diri, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi, sama ada yang mengenali saya ataupun tidak. Sekiranya saya pernah menyakiti hati anda, maafkanlah saya.

“Hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk membuang cyst, fibroid,dan melakukan ‘facet joint injection’. Saya sudah berada di hospital ini hampir dua minggu.

“Pada mulanya, saya hanya ingin membuat pemeriksaan untuk sakit artritis, tetapi kemudian didapati saya juga menghadapi masalah Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

“Selain itu, saya juga menghidapi cyst (Bosniak IV) di buah pinggang kiri dan mempunyai fibroid,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian di yang sama, Zara turut meminta doa serta memohon maaf kepada semua pihak seandainya dia ada menyinggung perasaan mereka.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk memaafkan saya, ya. Ujian ini dari Allah S.W.T dan saya redha dengan semuanya,” tambahnya lagi.

Zara Zya

Pada 27 Mei lalu, Zara dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dikesan menghidap sindrom serviks facet dan sindrom lumbar facet.

Artikel Berkaitan: “Selepas Buat Ujian MRI Baru Dapat Tahu” – Dikesan Alami Masalah Di Leher, Zara Zya Ditahan Di Wad

Written by: Aqilah


Previous post