Hot FM

Zayn Rayyan: Bapa Dilepas & Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri


Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini telah membuat keputusan penting berhubung kes pendakwaan melibatkan kematian tragis seorang kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang menggemparkan negara dua tahun lalu.

Zaim dibebaskan, Ismanira diarah bela diri

Memetik laporan Bernama, Hakim Dr. Syahliza Warnoh memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan bapa mangsa, Zaim Ikhwan Zahari, daripada pertuduhan berkaitan pengabaian terhadap anak lelakinya yang ketika itu berusia enam tahun.

Sementara itu, ibu kepada Allahyarham, Ismanira Abdul Manaf, diperintah untuk membela diri.

Keputusan tersebut dibuat setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan bukti mencukupi untuk membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Ismanira.

Namun begitu, mahkamah turut memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pertuduhan terhadap suaminya, Zaim.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, seorang kanak-kanak istimewa yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version