Personaliti media sosial, Noor Nabila mencuri tumpuan selepas mendedahkan kos rawatan untuk kecantikan wajahnya dalam masa setahun mencecah RM140,000.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa ini memuat naik tangkap layar laporan bertajuk ‘bolehkah mendapatkan kulit cantik tanpa solekan?’.
“Zero makeup, all glow and yes! This definitely an investment,” tulisnya seolah-olah bersetuju bahawa kecantikan kulit boleh dicapai tanpa perlu bergantung kepada alat solekan.
Dalam perkongsian sama juga, ibu anak satu ini turut berkongsi antara rutin rawatan wajah yang dilakukan olehnya yang berkemungkinan melebihi RM140,000.
“Ultheraphy, emface, exion, titanium, profhilo, pico, skin boosters, lasers… annual investment RM140,000 maybe more. Confidence you can’t buy in a bottle,” katanya.

Sebelum ini, nama Nabila menjadi sebutan hangat dalam kalangan netizen selepas tular sebuah video di media sosial mendakwa dirinya menunjuk tanda isyarat ‘L’ (loser) kepada EL Rumi dalam acara tinju baru-baru ini.
Bagaimanapun, Nabila tidak mengendahkan segala tohmahan dan kritikan yang diterima, sebaliknya dia meneruskan kehidupan seperti biasa, malah turut kerap berkongsi kemewahan dimiliknya di IGs susulan isu tersebut timbul.
Artikel Berkaitan: Didakwa Tunjuk Isyarat ‘L’ Kepada El Rumi, Noor Nabila Kekal Tenang – “While They Talk Cheap, I Build Big”
Artikel Berkaitan: Tindakan Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi Dikritik