Pada suku akhir, Zii Jia menyingkirkan pencabar dari Jepun Kento Nishimoto, manakala Aaron-Wooi Yik menewaskan gandingan dari China.

KUALA LUMPUR: Dua wakil negara, iaitu pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Denmark 2023 di Odense pada Jumaat.
Perlawanan suku akhir di Jyske Bank Arena menyaksikan Zii Jia menyingkirkan pencabar dari Jepun Kento Nishimoto 21-18, 21-18 dalam pertarungan sengit yang mengambil masa 51 minit.
Juara Terbuka Artik itu dijadual bertemu pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yu, yang menumpaskan pemain tuan rumah Rasmus Gemke 21-17, 21-12 dalam satu lagi perlawanan suku akhir semalam.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara Aaron-Wooi Yik turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan China, He Ji Ting- Ren Xiang Yu 24-22, 18-21, 21-12.
Pilihan kelima…