Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zii Jia keracunan makanan, tarik diri Masters Indonesia

today26 January 2024

Background


Lee Zii Jia cuba menampilkan prestasi terbaiknya tetapi tidak dapat menyempurnakan perlawanan menentang Brian Yang pada suku akhir Masters Indonesia di Jakarta. (Gambar Bernama)

JAKARTA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan suku akhir Masters Indonesia 2024 di Istora Senayan, Jakarta hari ini akibat keracunan makanan.

Pemain nombor 10 dunia itu membuat keputusan tidak meneruskan permainan di set kedua bertemu wakil Kanada Brian Yang selepas tewas pada set pertama 21-14 dalam tempoh 19 minit permainan.

Bekas juara All England itu bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya media mengenai punca beliau tidak meneruskan permainan.

Pihak pengurusan Zii Jia menerusi laman X menyatakan: “Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan kerana keadaan badannya semakin merosot akibat keracunan makanan sejak beberapa hari lepas.

“Zii Jia cuba menampilkan prestasi terbaiknya tetapi tidak dapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Eky sedia sertai pasukan lain

Seremban: Bekas penyerang utama Negeri Sembilan FC (NSFC), Mohamad Shahrel Fikri Md Fauzi bersedia untuk menyarung jersi mana-mana pasukan bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 yang dijadual membuka tirainya, Mei depan.

today26 January 2024