Hot FM

Zii Jia mara final Terbuka Australia


zii jia
Lee Jii Zia hari ini menewaskan Lee Chia-hao dari Taiwan 10-21, 21-15, 21-10 dalam masa 56 minit pada separuh akhir Terbuka Australia hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia menempah tempatnya pada final Terbuka Australia setelah menewaskan Lee Chia-hao dari Taiwan 10-21, 21-15, 21-10 di Sydney Olympic Park hari ini.

Kemaraannya dalam Terbuka Australia ini menyusuli kemenangannya pada Terbuka Thailand tiga minggu lepas selepas menewaskan pemain nombor 27 dunia Angus Ng dari Hong Kong.

Zii Jia, pemain nombor 8 dunia, menewaskan Chia-hao hari ini dalam masa 56 minit, kali ketiga beliau menewaskan pemain nombor 37 dunia itu dalam enam pertemuan.

Pada set pertama, Zii jia kalah 10-21 dalam masa 14 minit selepas melakukan kesilapan demi kesilapan. Bagaimanapun, beliau bangkit pada set kedua apabila pantas mendahului 11-5 sebelum menang 21-15 dalam masa 23 minit.

Pada set penentuan, Zii Jia sekali lagi jitu mendahului sebelum menang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version