
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, hanya tinggal selangkah untuk merangkul gelaran Kejohanan Terbuka Denmark 2022 selepas menewaskan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura, pada aksi separuh akhir Sabtu.
Selaku pemain nombor tiga dunia, Zii Jia, ketandusan gelaran selepas Terbuka Thailand, Mei lalu, menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan seteru lamanya, dengan 21-18, 21-15, pada kejohanan di Arena Jyske Bank, Odense.
Kejayaan tersebut merupakan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Kean Yew selepas Kejuaraan Berpasukan Asia, Februari lalu dan suku akhir Terbuka Indonesia, Jun lalu.
Zii Jia, pilihan keempat kejohanan, mara ke final ketiga tahun ini, akan bertemu pemenang antara wakil China, Shi Yu Qi dan…