
KUALA LUMPUR: Bekas juara Kejohanan Badminton All England Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2024 selepas tiga tahun dengan menyingkirkan Anders Antonsen dari Denmark hari ini.
Masih segar daripada memenangi kejuaraan Terbuka Thailand minggu lepas, Zii Jia, yang juga pemain ke-10 dunia, mencatat kemenangan 21-15, 19-21, 21-11 setelah bertarung selama 84 minit menentang juara Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini.
Kemenangan ini yang ketiga dikecapinya menentang pemain nombor empat dunia Antonsen dalam lapan pertemuan, dengan kemenangan pertama diperolehi dalam Kejohanan Malaysia Masters 2020.
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.
Pencapaian terbaik Zii Jia, 26, dalam Malaysia Masters adalah peringkat separuh akhir pada…