
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, tumpas kepada pemain Israel yang tidak ternama pada pusingan pertama Terbuka Thailand – sekali gus satu lagi tamparan dalam usahanya bangkit selepas mengharungi musim suram 2025 akibat kecederaan.
Pemain nombor 67 dunia itu tumbang 20-22, 10-21 kepada Daniil Dubovenko dalam perlawanan berlangsung 38 minit di Stadium Nimibitr, Bangkok, yang menjadi penyingkiran pusingan pertama keempatnya daripada tujuh kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun ini.
Zii Jia kelihatan tidak cergas apabila mudah menyerah kalah pada set kedua selepas memberi tentangan sengit dalam set pertama, di mana beliau sempat memegang ‘game point’ pada satu ketika.
Dalam pusingan kelayakan semalam, bekas pemain nombor satu negara itu berhempas pulas untuk menang…