Berkata kepada media, pembukaan semula Zoo Johor adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim termasuk Kurniaan haiwan peliharaan Istana Johor seperti Harimau Belang, Tapir dan Berulang Matahari kepada Zoo Johor.
Tambah beliau, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian pembukaan Zoo Johor pada 28 Ogos 2024.
“Pembukaan Zoo Johor ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh bangsa Johor, tetapi oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
“Pembangunan semula Zoo Johor merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk menjadikanya sebagai antara tarikan dan produk pelancongan keluarga di negeri Johor dengan jumlah peruntukan yang dibelanjakan sejumlah RM9.67 juta bagi kerja-kerja menaik taraf.
“Selain itu, pembangunan semula Zoo Johor ini juga merupakan agenda kerajaan negeri bagi menjayakan Tahun Melawat Johor 2026,” katanya.
Bersempena pembukaan semula Zoo Johor, kerajaan negeri akan memberikan potongan 50…