Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zuki Ali tamatkan khidmat selepas 32 tahun

today9 August 2024

Background


Zuki Ali bersara daripada perkhidmatan awam secara rasmi hari ini. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Mohd Zuki Ali menyatakan kesediaan untuk terus berkhidmat untuk negara, meskipun bersara daripada perkhidmatan awam secara rasmi hari ini.

Beliau yang menamatkan khidmat sebagai ketua setiausaha negara berkata tempoh 32 tahun tujuh bulan dalam perkhidmatan awam satu pengalaman mencabar dan manis buat dirinya.

“Saya rasa syukur kerana sepanjang tempoh berkhidmat sebagai ketua setiausaha negara, banyak pengalaman saya lalui dan hikmah saya dapat.

“Saya sempat berkhidmat dengan dua Yang di-Pertuan Agong dan empat orang perdana menteri.. Insya-Allah saya akan bersedia untuk berikan apa juga khidmat dan nasihat pandangan jika masih diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas sesi clock out di Bangunan Perdana Putra.

Turut hadir Shamsul Azri Abu Bakar yang dilantik sebagai ketua setiausaha negara yang baharu berkuat kuasa 12 Ogos.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilapor…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post