Pelakon, Zulin Aziz menegur tindakan segelintir netizen yang mempertikai ibadah golongan selebriti dan pempengaruh.
Artikel Berkaitan: Zulin Aziz Ambil Iktibar Selepas Perkahwinan Hampir Berantakkan – ‘Bila Gaduh Jauhkan Diri Dari Telefon’
Jangan pertikai ibadah orang
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi Threads, Zulin atau nama lengkapnya Farah Azleenda Abdul Aziz berpendapat ibadah seseorang itu tidak wajar dipersoalkan kerana itu adalah urusan peribadi manusia dengan Tuhan.
Selebriti atau pempengaruh ini makeup dorang tak solat ke? Hmmm ada lagi soalan macam ini.
Sebelum makeup, kami berwuduk dulu dan kalau wuduk terbatal, kita makeup semula.
Waktu makan tengahari, waktu rehat, waktu minum petang dan makan malam, masa itulah kami bersolek semula.
Menerusi perkongsian yang sama, Zulin menitipkan pesan kepada orang ramai untuk sentiasa bersangka baik dan tidak terlalu memandang orang berdasarkan luaran semata-mata.
Tapi kalau nampak…