Wanita berusia 46 tahun itu sebelum ini berpangkat kapten Maritim.

PETALING JAYA: Zulinda Ramly melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama dalam agensi Maritim Malaysia dinaikkan pangkat ke laksamana pertama Maritim.
Zulinda, 46, sebelum ini berpangkat kapten Maritim antara sembilan pegawai dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Saiful Lizan Ibrahim.
Selain memegang banyak portfolio melibatkan operasi, antara kejayaan dicapai beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas melibatkan jenayah rentas sempadan serta mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat untuk negeri di utara Semenanjung.
“Beliau juga bertindak sebagai ketua gugus tugas operasi benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukan pendatang asing…