Zuraida Kamaruddin berkata perdana menteri perlu segera melunaskan segala janji kerana rakyat akan menuntut.

PETALING JAYA: Bekas ketua Wanita PKR menolak tanggapan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim “masih bayi”, memandangkan perdana menteri sudah mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara sebelum ini.
Zuraida Kamaruddin berkata, Anwar pada era 80an disifatkannya seorang pemimpin yang “masih segar dan berfikiran tajam” ketika berada dalam Jemaah Menteri diterajui Dr Mahathir Mohamad.
“Namun, pada ketika ini, beliau mungkin sudah terlalu lelah akibat terlibat dengan drama politikal yang tidak berkesudahan, hingga menumpulkan pemikirannya,” katanya dalam kenyataan.
“Amatlah tidak wajar untuk kita gelarkan kerajaan ini sebagai kerajaan yang tiada pengalaman kerana ia dianggotai oleh…