
PETALING JAYA: Bekas ketua Wanita PKR mengkritik jumlah pelantikan wakil rakyat wanita ke dalam barisan exco di enam negeri yang dilihat semakin merosot selepas berakhirnya PRN, baru-baru ini.
Zuraida Kamaruddin berkata kedua-dua gabungan parti politik iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) seolah-olah tidak lagi mengutamakan agenda pemerkasaan wanita.
Beliau yang juga presiden Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (Comwel), berkata hanya Negeri Sembilan melantik paling ramai exco wanita iaitu tiga orang, Kedah dan Selangor pula masing-masing melantik dua exco wanita manakala seorang exco wanita dilantik di Pulau Pinang dan Kelantan.
Katanya, paling menyedihkan adalah di Terengganu yang mana bukan sahaja tiada wanita dilantik sebagai exco,…