Ketua Pemuda Wan Ahmad Fayhsal berkata permohonan Zuraida Kamaruddin menyertai semula Bersatu ditolak kerana tidak melepaskan jawatan menteri selepas keluar parti.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu berkata Zuraida Kamaruddin yang meninggalkan parti itu pada Mei tahun lepas memohon untuk menyertai semula selepas PRU15.
Bagaimanapun permohonan Zuraida ditolak kerana beliau tidak melepaskan jawatan menteri yang diisi atas kuota Bersatu selepas keluar parti, kata Ketua Pemuda Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
“(Permohonan Zuraida) Dihantar awal tahun tak silap saya,” katanya kepada FMT, dan menambah keputusan menolak permohonan Zuraida itu sebulat suara.
Zuraida mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Mei 2022, kerana dikatakan tertarik dengan perjuangan parti baharu itu.
Meskipun Bersatu menuntut calon baharu daripada…
