Hot FM

Zuraida jadikan Muafakat Nasional batu loncatan, kata Sng



Larry Sng menyifatkan tindakan Zuraida Kamaruddin menyertai Muafakat Nasional sebagai langkah baik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng berkata, bekas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menggunakan Muafakat Nasional sebagai batu loncatan untuk cita-cita dan masa depan politiknya.

“Ini merupakan satu langkah baik untuknya kerana beliau mempunyai banyak masa sekarang, lebih-lebih lagi beliau tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam PBM mahupun dalam kerajaan.

“Saya juga melihat Zuraida dan penyokongnya akan menggunakan Muafakat Nasional sebagai batu loncatan untuk cita-cita politiknya.

“Apa-apa pun, saya mendoakan beliau baik-baik saja,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sng juga menegaskan PBM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Muafakat Nasional, NGO yang ditubuhkan untuk memperkasakan kerjasama dan perpaduan antara komuniti Islam serta sistem politik berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version