
KUALA LUMPUR: Sebanyak 121 insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022, berdasarkan laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah dan sedang mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.
“Pihak JMG dan JKR telah diminta untuk menyelaras pelaporan tanah runtuh supaya lebih menyeluruh dan turut melibatkan kawasan cerun di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada…