Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

1,222 kertas siasatan bawah Akta Hasutan sejak 2010 hingga 2025

today5 February 2026

Background


protest against Sedition Act EPA Images pic 101225
Akta Hasutan sering dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia kerana dikatakan menyekat kebebasan bersuara. (Gambar EPA Images)
PETALING JAYA:

Polis buka 1,222 kertas siasatan bawah Akta Hasutan antara tahun 2010 dan 2025, dengan 130 orang dituduh di mahkamah, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, kementerian turut menyediakan pecahan jumlah kertas siasatan yang dibuka dan jumlah individu yang dituduh mengikut tahun.

Data menunjukkan jumlah kertas siasatan tertinggi dicatatkan pada 2025 iaitu 142 kes, manakala paling rendah pada 2010 dengan 21 kes.

Tahun yang mencatatkan jumlah individu paling ramai dituduh adalah pada 2020, iaitu 29 orang.

“Kementerian melalui polis akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara profesional dan tegas tanpa kompromi ke atas mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan isu yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya, dalam jawapan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post