
PERMAISURI: Seorang penternak kerugian kira-kira RM40,000 selepas 16 ekor lembu peliharaannya mati, disyaki diracun dalam kejadian di Kampung Seri Kenangan, kira-kira 5 petang semalam.
Muhammad Saad, 62, berkata kejadian itu disedari seorang penduduk yang kebetulan dalam perjalanan ke kebunnya bersebelahan lokasi kejadian, dan selepas diperiksa beliau mendapati 16 ekor lembu peliharaannya bergelimpangan dengan mulut berbuih dan darah keluar melalui hidung, mulut serta dubur.
Beliau mengesyaki ternakannya diracun kerana semua lembu itu dilihat mati dalam keadaan sama, iaitu mulut berbuih dan darah di sana sini, selain penemuan tiga tong berisi air dipercayai dicampur racun serta bahan lain di kawasan berhampiran.
“Kejadian seperti ini pertama kali berlaku, dan saya amat kesal dengan tindakan pelakunya…