
ALOR SETAR: Dua beradik lelaki masing-masing berusia empat dan tujuh tahun melecur di beberapa bahagian badan disyaki akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Baru, Kuala Nerang, semalam.
Ketua Polis Padang Terap, Abdull Razak Osman, berkata kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak itu bermain mercun di luar rumah tanpa disedari ibu bapa mereka pada 8.15 malam.
Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian pada 1.32 pagi tadi selepas kedua-dua mangsa dimasukkan ke zon merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira 9.30 malam.
“Semasa kejadian, ibu bapa dua kanak kanak tersebut menyatakan tidak menyedari kegiatan anak mereka bermain mercun di luar rumah dan dipercayai mercun jenis bola tersebut diperoleh dari rakan sekampung.
“Temu bual ke atas ibu kanak kanak tersebut menyatakan hanya menyedari…