Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 budak perempuan dilaporkan hilang di Beluran

today29 July 2022

Background



Nur Hawa Syaqira Jeif, 12 dan adiknya Nurul Syuhada Asyiqim Jeif, 9, dilaporkan hilang sejak 26 Julai lalu. (Gambar polis)

PETALING JAYA: Polis memohon kerjasama orang ramai membantu mengesan dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Beluran, Sabah sejak 26 Julai lalu.

Dua kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Nur Hawa Syaqira Jeif, 12 dan adiknya Nurul Syuhada Asyiqim Jeif, 9.

Mereka dilaporkan hilang dari rumah keluarga di Ladang Monsok, Beluran.

Ketua Polis Beluran, Kasim Muda, berkata mengikut laporan kedua-duanya disedari hilang kira-kira 10 pagi.

Katanya, menurut bapa mangsa, Jeif Wong, 46, kali terakhir dia melihat kedua-dua anaknya kira-kira 8 pagi sebelum keluar ke tempat kerja.

β€œSebaik menyedari kehilangan anaknya, bapa mangsa turut menghebahkan kehilangan itu di media sosial.

β€œSelepas itu, ada saksi mendakwa melihat kedua-duanya di Hotel London, Sandakan,” katanya dalam kenyataan.

Kasim berkata, setakat ini dua kanak-kanak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post