
PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin Umno diingatkan berhenti daripada terus mengadu domba dan bergaduh sesama sendiri.
Ketua penerangannya, Shahril Hamdan memberikan peringatkan itu selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti selepas PRU15.
“Kini masanya kita henti adu domba antara satu sama lain. Tidak perlu gaduh, atau syak wasangka, jauh sekali menuduh sensasi pemimpin Umno cuba mensabotaj mana-mana ketetapan parti sendiri.
“Walau apa pun desas-desus di luar sana, akhirnya kita ukur melalui hasilnya, ketetapan parti diangkat dan diutamakan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, tumpuan Umno kini ialah menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan semua ahli dan pimpinan perlu kembali bersatu.
“Seperti yang diputuskan oleh Perhimpunan Agung…