

Dua wanita cedera dipercayai akibat tergelincir daripada pelampung ketika bermain gelongsor air di sebuah taman tema dan resort di Ayer Keroh, Melaka, pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Melaka Tengah Halim Abas berkata, mangsa masing-masing berusia 46 dan 31 tahun dilaporkan mengalami darah beku pada bahagian kepala dan gegaran otak dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu.
Beliau berkata, menurut siasatan, kedua-dua wanita itu sedang bercuti di taman tema dan resort itu bersama keluarga ketika kejadian.
“Mangsa mendakwa menggunakan pelampung berkembar ketika hendak bermain permainan (gelongsor air) itu dengan seorang duduk di bahagian hadapan dan seorang duduk di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Bagaimanapun, semasa menuruni gelongsor itu, pelampung berkenaan secara tiba-tiba melanggar sesuatu menyebabkan kepala seorang daripada…