Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 filem disekat tayangan kerana tak bayar gaji kru

today21 March 2025

Background


Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersama artis veteran di pada Sambutan Hari Seniman 2025 di Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tayangan dua filem yang menerima insentif dana kandungan kreatif telah disekat susulan kegagalan pihak penerbitan membayar gaji kru produksi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Tanpa menamakan filem terbabit, beliau memberi peringatan tegas kepada pihak berkenaan agar segera melunaskan bayaran sebelum filem mereka dibenarkan untuk tayangan.

“Kita dapati sejak akhir-akhir ini ada sekurang-kurangnya dua filem yang saya tak akan namakan, yang kita dapati tidak membayar kru walaupun pihak penerbit telah menerima dana kandungan kreatif… jadi kita telah halang tayangan.

“Kita maklumkan kepada mereka untuk lunaskan bayaran-bayaran ini dahulu kemudian baru kita akan benarkan mereka memohon (tayangan) terutama di bawah Skim Wajib Tayang,” katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Seniman 2025.

Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi mengumumkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post