Hot FM

2 minit 3 perompak larikan RM1.7 juta barang kemas di Genting Highland


Rompak kedai emas genting
Tangkap layar video tular memaparkan suspek melarikan diri selepas merompak sebuah kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands, pagi tadi.
PETALING JAYA:

Tiga lelaki mengambil masa kira-kira dua minit untuk melarikan barang kemas bernilai hampir RM1.7 juta dalam rompakan di sebuah kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menaiki sebuah kenderaan menuju ke Genting Highlands untuk melakukan rompakan.

Katanya, suspek dipercayai memakai topi dan pelitup muka selain bersenjatakan kapak serta kuku kambing ketika menyerbu premis berkenaan.

“Semua mereka kemudian turut dikesan menuruni Genting Highlands, sejurus melakukan rompakan,” katanya lapor Berita Harian.

Azry berkata, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Pahang serta Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong kini giat menjejaki suspek berdasarkan siasatan dan risikan yang dijalankan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber: