
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menerima sebarang makluman awal berhubung penganjuran kegiatan berkayak, yang mengakibatkan dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis lemas petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya tidak menerima makluman awal berhubung kegiatan itu daripada mana-mana jabatan berkaitan mahupun pihak pengurusan program berkenaan.
“APMM memandang serius insiden membabitkan dua penuntut IPG yang dilaporkan lemas ketika menyertai Program Pendidikan Luar Kampus. Sebarang aktiviti berskala besar di laut atau kawasan perairan terbuka perlulah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada agensi berkaitan.
“Ia bagi membolehkan penilaian risiko dilakukan serta langkah-langkah keselamatan sewajarnya…