Untuk pengetahuan anda, Anugerah Top Of The World itu diberikan kepada pelajar yang telah mencatat markah tertinggi di dunia dalam sesuatu subjek peperiksaan Cambridge.
Ia merupakan pengiktirafan yang sangat berprestij daripada pihak Cambridge International Examinations.
Difahamkan, Ahmad Soleh Muhaimi merupakan pelajar yang sangat aktif dalam kepimpinan di maktab sebagai Exco Akademik dan Inovasi Badan Wakil Pelajar (BWP).
Bakatnya dimanfaatkan dengan mewakili ke Young Leader Apprentice (Y.A.L.E) serta beberapa pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Malah, dia berpegang pada moto ‘Sentiasa dahagakan penjelajahan’ yang menjadi sumber kekuatannya untuk menggapai cita-cita menjadi seorang Jurutera Bioperubatan dalam negara.
Dalam pada itu, Muhammad Amiruz Zafeer pula aktif dalam kokurikulum sehingga menjuarai kejohanan bola tampar 17 tahun.
Dia juga banyak mewakili maktab dalam pelbagai acara peringkat kebangsaan seperti National Science Challenge.