Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 penjawat awam direman disyaki rasuah hingga RM15,000

today8 May 2024

Background


Dua lelaki berusia 39 dan 44 tahun itu ditahan semalam selepas merekodkan keterangan di pejabat SPRM Labuan.

LABUAN: Dua penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,800 serta RM15,000.

Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 44 tahun yang dipercayai menerima rasuah supaya tidak memeriksa trak membawa muatan barang basah itu ditahan pada 6.30 petang semalam, selepas merekodkan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.

Berdasarkan siasatan awal, perbuatan itu disyaki dilakukan antara 2021 dan 2022.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan perintah reman bermula hari ini hingga 12 Mei, selepas menerima permohonan SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post