
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 laporan polis atas pelbagai kesalahan diterima dengan lima kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen PRK Kuala Kubu Baharu yang berakhir hari ini.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pada kempen yang bermula 27 April itu, dua tangkapan dilakukan berdasarkan laporan serta tujuh daripada keseluruhan laporan itu hanya melibatkan tindakan pencegahan oleh polis.
“Dua lelaki warga tempatan yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 4 (A) Akta Pilihan Raya 1954 serta sudah dituduh di mahkamah, manakala untuk empat lagi kertas siasatan yang dibuka, tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pada PRK yang berakhir dengan jumlah pengundi seramai 39,362 orang itu, sebanyak 1,133 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen…