
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mendakwa walaupun Pakatan Harapan (PH) menang PRK DUN Kuala Kubu Baharu, jumlah undi diperoleh calonnya daripada DAP merosot.
Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu PN, Azmin Ali, berkata gabungan itu tidak terkesan dengan penurunan undi biarpun gagal merampas kerusi berkenaan.
“Dahulu kita dapat 10,743 undi dan hari ini kita memperoleh 10,131 undi, sekali gus menyaksikan penurunan hanya 612 undi.
“Tetapi dengan keputusan malam ini, kedudukan kita masih kuat dan tidak terkesan berikutan hanya penurunan 612 undi,” katanya pada sidang media di bilik gerakan utama PN di Batang Kali, Hulu Selangor, menurut Berita Harian.
PH mengekalkan kerusi Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 3,869 selepas calonnya Pang Sock Tao meraih 14,000 undi, manakala PN menerusi Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.
Calon bebas Nyau Ke Xin memperoleh 188 undi dan Hafizah…